Thursday, August 06, 2009

Bila jalan jd Gelanggang

Macam2 perihal manusia kat dunia ni. Ada yang bergaduh suami isteri kerana hal sekolah anak, ada pakwe makwe bergaduh sbb nak decide makan kat mana, ada yang bergaduh dgn kawan sbb member tu buat2 lupa hutang dia, dan ada juga yang x puas hati dgn binatang (anjing, kucing, burung gagak dsbnya) sbb sepahkan sampah dlm plastik dpn rumah. Macam2 lg 1001 ragam manusia ni.

Lain pula ragam org kita. Org kita yg kadang2 suka jadi pak turut. Jelas sekali ketika perhimpunan jalanan di Kuala Lumpur tempoh hari. Di sini bukanlah nak komen lebih2 pasal demonstrasi jalanan tu, sbb aku pun x pandai cakap2 politik ni. Tapi aku menggeleng kepala lepas aku tgk video2 kat Malaysikini ari tuh. Masakan tidak , hampir semua yg berarak tu adalah org2 kita. Yang bertudung labuh tu pun sanggup turun padang, berhujankan cahaya matahari, sama2 menuntut suara mereka di dengar. Aiseh, tolonglah.. drpd berpanas, berpekik tempias sana sini, lebih baik menangkat tangan mohon doa akan kesejahteraan negara.


berjuang pun biarlah kena pd cara dan etikanya

Sebagai sebuah negara yg menjunjung demokrasi dlm sistem pemerintahannya, mmg tidak salah mengadakan perhimpunan sebegini, tetapi perlulah dibuat secara aman. Tidak spt yg tempoh hari, kacau bilau dibuatnya. Byk jalan raya terpaksa disekat, kedai2 ditutup, harta benda awam rosak sehingga kerugian yg terpaksa ditanggung mencecah 100 hgga 200 juta RM. Alangkah baiknya, duit itu disalurkan kpd yg lebih berhak dan memerlukan spt aku ni ke. Dan, lokasi sasaran yg biasanya perhimpunan spt ini dijalankan spt di Jln TAR, Kg. Baru, Masjid Negara, Sogo dimana ramai peniaga2 Melayu berniaga di situ. Kenapa tidak, penganjur bertempik, berpekik dan menjerit di Petaling Street, Briekfields, China Town atau di Little India?

Umum ketahui, perhimpunan tempoh hari adalah menuntut ISA dihapuskan. Isu ini timbul lps pemimpin kumpulanhindraf golongan tertentu tak puas hati dan tuntut kerajaan menghapuskan ISA. Wah, beria sungguh org kita join sekali menyokong kumpulan2 ni. Semangat 1Malaysia la kot. Walhal, semasa kes Al-Maunah di Grik pd tahun 2000 (kalau x silap), dimana org pemimpin yg berbangsa Melayunya ditahan di bawah ISA, tidak pulak org kita bising2. Tapi kali ni, bukan main lg, suara kita yg lebih2. Penganjur pun, mereka ada sebuah stadium di negeri mereka. Berhimpunlah di sana, menjeritlah sampai subuh, tiada sapa yg halang.


harap tidak ada lg permandangan spt ini

Entry ni bukan nak menyentuh soal ISA sama ada masih relevan atau tidak. Sbb aku sendiri x habis khatam lg soal ni, x pandai nak berhujah panjang lebar. Cuma yg aku kesalkan sikap org kita yg suka jd pak turut. Pendapat peribadi, mungkin ISA perlu diperhalusi dr beberapa segi sesuai dgn hak asasi individu. Tidak perlu dibubarkan atau dihapuskan. Ia perlu demi menjaga kestabilan negara bg menghukum mereka yg derhaka. Cuma, kerajaan sendiri tidak lah boleh menggunakan ISA utk kepentingan politik semata-mata. Wallaualam.. biarlah golongan cerdik pandai yg mengulasnya.

Aku pelik melihat gelagat pengikut2 sebuah parti politik tertentu. Menggunakan lambang Islam, kepimpinan melalui ulama' tp pengikutnya.. x sama spt pemimpin mereka. Jauh disudut hati, aku mengagumi pemimpin tertinggi mereka. Pernah pengalaman aku pergi dgr kempen sms pilihan raya ms aku sekolah menengah dulu. Tukang berucap, sama busuk hati, sama kutuk mengutuk, sama hasad dengki, Sedangkan yg sepatutnya mereka ucapkan adalah manifesto, perjuangan yg mereka juangkan. Bukannya menabur fitnah dan membusukan nama parti lain. Ok, stop-stop..itu berdasarkan pengalaman aku sahaja.

Berbalik pd soal perhimpunan jalanan td, fikir2lah sendiri. Berapa jam yg mereka habiskan di jalanan tempoh hari. Kalau jam2 di hari minggu itu mereka luangkan bersama keluarga, bercuti atau blk kg menjengah org tua alangkah berfaedahnya. Ini tidak, premis2 yg kebanyakkannya peniaga Melayu mencari rejeki terpaksa ditutup, dan terpaksa menanggung rugi gara2 mereka2 yg tidak pk panjang tu. Imej negara juga tercemar slps keluar berita mengenai ini di stesen alJazeera. Tidak patriotikkah mereka ni?

Aku rindukan keadaan aman negara at least 10 tahun yg dulu. Tatkala kita bangga dgn KLCC (masih x tercemar dgn kebanjiran rakyat asing di taman nya), KLTower (tyme tu Dubai pun x pk nak buat bangunan tinggi2), diberi kepercayaan menganjurkan sukan Komanwel (fenomena bantal Sapok Biki), lagu sejahtera Malaysia dimainkan di kaca tv (hampir semua org tau lagu tuh),kumpulan nasyid Raihan masih fofular (bangga Raihan dijemput mengadakan persembahan dihadapan Queen Elizabeth di London),sehinggalah tiba2 muncul gerakan Reformasi yg menjd titik tolak perubahan dlm negara. Aman sejahtera lah negara ku.


bangga satu dunia tau kita ada 2 menara


Kata seorang pujangga Islam
"Bila aku ke barat, aku nmpk Islam walaupun tiada seorg Muslim. Tetapi bila aku pulang ke Arab, aku tidak nampak Islam walaupun ramai Muslim"

illusi : takkan Melayu hilang di dunia, yakinnye sumpah Datuk Hang Tuah,
kalau Melayu malas berusaha, Melayu x hilang, yg hilang maruah.

0 comments: