Saturday, August 22, 2009

Ramadhan 1430

Menadah tangan mengucap syukur kepada Allah SWT, kerana dpt menikmati bulan mulia bulan Ramadhan tatkala usia 24 tahun ni. Mengharapkan puasa penuh utk tahun ini, mungkin tidak. Kerana mc semulajadi yg Allah berikan mungkin jatuh jua dalam bulan puasa. Apa yang ku harapkan, agar Ramadhan kali ni dapat aku tempuh dgn lebih barakah dan lebih bermakna. Mengenangkan dosa2 lalu, membuatkan aku lebih menghayati Ramadhan kali ini. Ku harap jua, puasa tahunan ku ini dapat aku laksanakan dgn baik, dan menjadikan puasa terbaik agar diterima Allah. Amin...

ps: missed sahur hari ni.. konci jam, tak bangun pula...sadisssss

Saturday, August 08, 2009

Symptom Tak Tahu

Kali ni nak post enrty pasal tabiat tak tahu. Perasan atau tidak perkataan "tak tahu" sering menjadi ungkapan dalam kehidupan harian. X kire la, golongan tua, golongan tak tua (muda la tu..) x kire sape suka sgt dgn perkataan "tak tahu" tu. Kekerapan penggunaan "tak tahu" semakin menjadi-jadi sehinggakan hilang nilai eksklusifnya. Cth penggunaan "tak tahu" yang biasa2 kite dgr la eh..

situasi 1 ≡ "tak taaaahu la nak masak apa hari ni..." → slalunya makcik2 surirumah suka mengomel bila xde idea nak masak. lebih2 lagi waktu nk mkn tgh hari. maklumla, dia2 je kat umah.

situasi 2 ≡ "hmmm.. tak tahu la nak pakai apa hari ni..." → yg ni pulak, cth ungkapan bg mereka2 yg bekerjaya. tak tahu nak pakai ape g keje ari ni.

situasi 3 ≡ "ntahlah, tak tahu.." → yg ni jenis jawapan popular bg sesetengah soklan yg penjawabnya malas nak pk.

situasi 4 ≡ "buhsan la babe! tak tahu nak buat apa hari ni.." → yg ni, bile anak2 muda dah mati akal tahap dewa xde aktiviti nak buat.

itu adalah cth2 situasi yg terlintas di fikiran je. Sedangkan byk lg syndrom2 "tak tahu" ni kan. So, dari 4 situasi di atas mcm mn nak menangani syndrom "tak tahu" ni. Bukan sossah sgt, senang je.

Kite lihat situasi 1. Selalunya, penutur ni dah over kreatif. Smpi mengundang kerenah. Nasihatnya di sini mudah. Korek2 balik semua buku2 resipi masa zaman muda2 dulu. Masa tgh semangat nak memikat hati sang suami masa mula2 kawin dulu. Jangan dok belek sehelai demi sehelai. Sebaliknya, try lah resepi tu sehelai demi sehelai. Let see lah, satu hari 2 lauk. Maknanya 2 ms satu hari. Ikut turutan.. kalau buku resepi tu ada 84 ms. Haa.. kita dh masak 84 masakan yg berlainan jenis utk 42 hari berturut-turut. Mudah kan?

macam2 ada~

Situasi ke 2 plak. Yg ni bila si penutur berada dalam delima. Bila byk sgt pilihan, senang2 x payah pakai baju! Eh, x baik tau... very the naughty kalau bg nasihat mcm tu. Kalau nak mudah, pakai je warna ikut hari. Mcm jadual di bawah. Siap ada frequensi berapa lagi. Jadi apabila hari-hari tertentu, kite berpakaian mengikut warna di dalam jadual di bawah supaya kita menjadi resonan dengan hari -hari tersebut.

HARIWARNAFREQUENSI
ISNINPUTIH0- 279 nanometer
SELASAPINK / VIOLET380- 489 nanometer
RABUBIRU490- 544 nanometer
KHAMISKUNING / OREN555-729 nanometer
JUMAATHIJAU545- 554 nanometer
SABTUMERAH730- 780 nanometer
AHADHITAM0- 279 nanometer


Takpun, kalau nak lg bijak lagi, kite selongkar almari kita. Kite keluarkan stok pakaian yg kite ada tu, kite try satu, satu sampai kite rasa puas nak pakai apa. Xpun sampai 20 minit lagi sebelum nak pegi keje. Selamat mencoba!

perlu diingat, masa acara penyalinan bergantung kpd ketimbunan baju yg kita ada

Situasi 3 ni, agak yg kureng sket digemari. Selalunya, kalau kite tanye, seboleh2 nya jawapan yg kite nak tidaklah "tak tahu". Melainkan, member kite tu mmg tak tahu. Nak buat mcm mana. Kalau yg tukang soal tanye benda pelik2, cth nye, kenapa burung kasawari x main kasar? E eh, soklan ape mcm tu..sebelum kite jawab, xpun nnt depa dok gelak kat jawapan kite, baik jawab je "tak tahu", ye x? Tp jgn lah smpi benda2 umum (general knowledge) org tanye, kite jawab x tahu. Apa tu Swine Flu? "tak tahu!". Maknanya, kite ni sama species dgn katak2 bawah tempurung yg lain. Jadi, kena2 la belek2 akhbar tu skali skala.

Untuk situasi 4, selalunya bila kat hujung2 minggu, xpun bila dah cuti lama sgt,ddk kt rumah lama2 x buat aktbt atau xpdc smpi mati kutu dibuatnya. Kalau nak atasi masalah x tahu nak buat apa, mula2 kite tgk2 dulu, belek2 wallet, purse kite. Kalau tebal, boley la langkah panjang sikit keluar dulu ajak sorg, 2 org member. Ha.. nnt tgh drive bodo2 tu, dtg la idea nak buat apa lepas tu. Kejar squad Era ke, squad Sinar ke, ntah apa2 squad lg yg ada. Byk lg aktbt yg boleh kite buat asal ada duit minyak. Kalau yg kureng skit nak keluar, mata pun dah letih nak ngadap LCD (panggilan br utk tv, kalau dulu2 kotak televisyen tukar tv skrg LCD la pulak) , boleh la try2 bercucuk tanam di luar, membasuh peti sejuk atau kerja2 rumah yg sewaktu dgnnya.

gambar 10 tahun sekali -illusi suke bersenam-

Yang paling tidak pun, kalau semua benda x jalan, berbalik lah ke pangkal jalan. Di waktu sepi, lapang atau buhsan, carilah kenikmatan membaca al-Quran ketika itu. InsyaAllah, masa2 yg terhabis itu, kita luangkan dgn penuh rahmat. Setidak2nya, kita ingat 5 perkara sebelum 5 perkara itu. =)

keindahan yg tiada tandingnya

Begitulah sedikit sebanyak yg boleh sy huraikan under topic "tak tahu" ni. Kena la buat2 tahu walaupun sebenarnya aku pun "tak tahu" nak post ape..., so aku post la pasal "tak tahu"... Boleh?

illusi: suka pepatah kura2 dalam perahu, pura2 tak tahu..

Thursday, August 06, 2009

Bila jalan jd Gelanggang

Macam2 perihal manusia kat dunia ni. Ada yang bergaduh suami isteri kerana hal sekolah anak, ada pakwe makwe bergaduh sbb nak decide makan kat mana, ada yang bergaduh dgn kawan sbb member tu buat2 lupa hutang dia, dan ada juga yang x puas hati dgn binatang (anjing, kucing, burung gagak dsbnya) sbb sepahkan sampah dlm plastik dpn rumah. Macam2 lg 1001 ragam manusia ni.

Lain pula ragam org kita. Org kita yg kadang2 suka jadi pak turut. Jelas sekali ketika perhimpunan jalanan di Kuala Lumpur tempoh hari. Di sini bukanlah nak komen lebih2 pasal demonstrasi jalanan tu, sbb aku pun x pandai cakap2 politik ni. Tapi aku menggeleng kepala lepas aku tgk video2 kat Malaysikini ari tuh. Masakan tidak , hampir semua yg berarak tu adalah org2 kita. Yang bertudung labuh tu pun sanggup turun padang, berhujankan cahaya matahari, sama2 menuntut suara mereka di dengar. Aiseh, tolonglah.. drpd berpanas, berpekik tempias sana sini, lebih baik menangkat tangan mohon doa akan kesejahteraan negara.


berjuang pun biarlah kena pd cara dan etikanya

Sebagai sebuah negara yg menjunjung demokrasi dlm sistem pemerintahannya, mmg tidak salah mengadakan perhimpunan sebegini, tetapi perlulah dibuat secara aman. Tidak spt yg tempoh hari, kacau bilau dibuatnya. Byk jalan raya terpaksa disekat, kedai2 ditutup, harta benda awam rosak sehingga kerugian yg terpaksa ditanggung mencecah 100 hgga 200 juta RM. Alangkah baiknya, duit itu disalurkan kpd yg lebih berhak dan memerlukan spt aku ni ke. Dan, lokasi sasaran yg biasanya perhimpunan spt ini dijalankan spt di Jln TAR, Kg. Baru, Masjid Negara, Sogo dimana ramai peniaga2 Melayu berniaga di situ. Kenapa tidak, penganjur bertempik, berpekik dan menjerit di Petaling Street, Briekfields, China Town atau di Little India?

Umum ketahui, perhimpunan tempoh hari adalah menuntut ISA dihapuskan. Isu ini timbul lps pemimpin kumpulanhindraf golongan tertentu tak puas hati dan tuntut kerajaan menghapuskan ISA. Wah, beria sungguh org kita join sekali menyokong kumpulan2 ni. Semangat 1Malaysia la kot. Walhal, semasa kes Al-Maunah di Grik pd tahun 2000 (kalau x silap), dimana org pemimpin yg berbangsa Melayunya ditahan di bawah ISA, tidak pulak org kita bising2. Tapi kali ni, bukan main lg, suara kita yg lebih2. Penganjur pun, mereka ada sebuah stadium di negeri mereka. Berhimpunlah di sana, menjeritlah sampai subuh, tiada sapa yg halang.


harap tidak ada lg permandangan spt ini

Entry ni bukan nak menyentuh soal ISA sama ada masih relevan atau tidak. Sbb aku sendiri x habis khatam lg soal ni, x pandai nak berhujah panjang lebar. Cuma yg aku kesalkan sikap org kita yg suka jd pak turut. Pendapat peribadi, mungkin ISA perlu diperhalusi dr beberapa segi sesuai dgn hak asasi individu. Tidak perlu dibubarkan atau dihapuskan. Ia perlu demi menjaga kestabilan negara bg menghukum mereka yg derhaka. Cuma, kerajaan sendiri tidak lah boleh menggunakan ISA utk kepentingan politik semata-mata. Wallaualam.. biarlah golongan cerdik pandai yg mengulasnya.

Aku pelik melihat gelagat pengikut2 sebuah parti politik tertentu. Menggunakan lambang Islam, kepimpinan melalui ulama' tp pengikutnya.. x sama spt pemimpin mereka. Jauh disudut hati, aku mengagumi pemimpin tertinggi mereka. Pernah pengalaman aku pergi dgr kempen sms pilihan raya ms aku sekolah menengah dulu. Tukang berucap, sama busuk hati, sama kutuk mengutuk, sama hasad dengki, Sedangkan yg sepatutnya mereka ucapkan adalah manifesto, perjuangan yg mereka juangkan. Bukannya menabur fitnah dan membusukan nama parti lain. Ok, stop-stop..itu berdasarkan pengalaman aku sahaja.

Berbalik pd soal perhimpunan jalanan td, fikir2lah sendiri. Berapa jam yg mereka habiskan di jalanan tempoh hari. Kalau jam2 di hari minggu itu mereka luangkan bersama keluarga, bercuti atau blk kg menjengah org tua alangkah berfaedahnya. Ini tidak, premis2 yg kebanyakkannya peniaga Melayu mencari rejeki terpaksa ditutup, dan terpaksa menanggung rugi gara2 mereka2 yg tidak pk panjang tu. Imej negara juga tercemar slps keluar berita mengenai ini di stesen alJazeera. Tidak patriotikkah mereka ni?

Aku rindukan keadaan aman negara at least 10 tahun yg dulu. Tatkala kita bangga dgn KLCC (masih x tercemar dgn kebanjiran rakyat asing di taman nya), KLTower (tyme tu Dubai pun x pk nak buat bangunan tinggi2), diberi kepercayaan menganjurkan sukan Komanwel (fenomena bantal Sapok Biki), lagu sejahtera Malaysia dimainkan di kaca tv (hampir semua org tau lagu tuh),kumpulan nasyid Raihan masih fofular (bangga Raihan dijemput mengadakan persembahan dihadapan Queen Elizabeth di London),sehinggalah tiba2 muncul gerakan Reformasi yg menjd titik tolak perubahan dlm negara. Aman sejahtera lah negara ku.


bangga satu dunia tau kita ada 2 menara


Kata seorang pujangga Islam
"Bila aku ke barat, aku nmpk Islam walaupun tiada seorg Muslim. Tetapi bila aku pulang ke Arab, aku tidak nampak Islam walaupun ramai Muslim"

illusi : takkan Melayu hilang di dunia, yakinnye sumpah Datuk Hang Tuah,
kalau Melayu malas berusaha, Melayu x hilang, yg hilang maruah.

Tuesday, August 04, 2009

Money can(t) buy happiness

Seronok memikirkan pasal duit. Dua, tiga minggu dalam kepala ni hanya pk soal duit. Aku cuba lari, tapi ngak boley... Yela kan,asal ada duit, semua boleh jalan. Bak kate org yang hidup kat muka bumi ni "no money no talk la wei". Tapi x kurang juga yg berpendapat duit bukan lah segalanya. Betul ke duit tidak boleh beli kebahagiaan? Tipolah kalau ada org2 yang standard mcm kita ni (yakni bukan para ulama' dsbnya) boleh rasa bahagia tanpa duit berkepuk dalam kocet.



Aku selalu berangan, kalau ada banyak duit, sebanyak2 nye yg mampu memenuhi katung sebesar matahari bisa saja aku membayar 10 org Chef Wan memasakkan makanan yang sedap2 utk aku. Aku juga x perlu pergi ke sekolah, memandangkan sekolah pun aku yang punya. Aku akan membeli semua buku yang ada kat dunia ni, dan mengupah org membacakannya utk aku. Ala2 filem The Reader. Bukan malas membaca, tp aku fikirkan ak terlalu cukup kaya utk semua ini. Mempunyai jet peribadi menjadi idaman setiap org kaya mungkin, tp aku tidak berminat memilikinya. Sebab aku ni seorang yang taktakuttinggipon gayat. Aku lebih berminat memiliki double-decker bus spt yg berada di kota raya London yg tidak bertutup di atas nya. Bukan itu saja,malah aku akan membeli pemimpin-pemimpin dunia yang keparat itu menjadi orang suruhan aku di rumah. Pendek kata segala2 nya aku boleh miliki dgn hanya sekali petik saja.

Tapi itu semua hanyalah khayalan yang menyusuri minda angan kanak2ku. Sendiri ku sedari, menghargai setiap keringat yg mengalir utk mencari sesuap rezeki. Sejarah membuktikan org yang bersusah payah dgn keringat sendiri mampu menjadi kaya raya. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary misalnya, mula berniaga seawal umur 19 tahun dgn menjual lembu dan kerbau. Kini aset beliau mencecah RM 4 billion menjadi beliau setanding dgn billionaire2 yg lain. Cantiknya beliau, tidak pernah mendabik dada apatah lagi berduduk diam tanpa membuat apa2 menunggu duit jatuh dari langit. Belajarlah susah untuk menjadi senang.

Rezeki yg cukup2 makan jgn dikeluhkan. Nanti tergolong dlm golongan org2 yang tidak bersyukur dan tidak disukai Allah. Dah la miskin duit, dimurkai Allah pula, bertambah-tambah lagi hinanya. Dan kalau kaya raya sekalipon, hati masih gundah, ada penyakit, hidup dlm kesesatan tiada gunanya. Benar, duit dpt membeli segalanya, tp kebahagiaan bukan datang dari duit semata. Kebahagiaan itu sangat simple, hanya diri kita yang berhak menilai erti bahagia diri sendiri. Org yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah org yang tidak akan hidup dgn bahagia. Tidak perlu ghairah mengejar itu dan ini, taksub mencapai impian sehingga dikaburkan pandangan yang bahagia ada di depan mata. Hargai setiap minit yang ada, peka setiap saat yang berlalu. Dalam setiap lekang masa itu pasti ada bahagianya. Jadi, duit yang byk itu kadang2 tidak terlalu besar impaknya dalam mencari kebahagiaan. Kaya itu satu hal, bahagia adalah hal yang lain. Kaya itu dari pandangan zahir, bahagia tu, hanya hati-hati kita saja yang tau.

sy bahagia bila dpt makan sedap!

illusi : bahagia pun boleh dtg dgn hanya org yg kita suka mengenyit mata pada kita. keskeskes ...


Wednesday, July 29, 2009

SejenaK

Tengah dok asyik buat ken9, baca spectometer itu ini, kedengaran lagu keroncong. Dari mana pulak lagu seni Melayu tu berkumandang. Makin, dibuat x endah, makin kuat bunyi nye. Cari punya cari, datang dari gendang gendut tali kecapi sendiri rupanya. Baru teringat, hari ni kita x bg pemangkin apa lagi dkt dia. Naseb baik ada stok dlm laci ajaib ni.

Alhamdulillah.. bunyi2 itu tidak kedengaran lagi. Ddk rilek kejap sblm sambung kerja tertangguh tu, tiba2 terlintas yg ini. Dulu kalau masa kaya raya (pernah ke?) boleh la kita memilih nak makan itu ini. Siap rasa tidak bersalah langsung meninggalkan kerja berjam2 lama nya, asal dapat bersenang2 menikmati hidangan yg diorder. Bila kurang mampu, rasanya jangan nak mengada-ngada memilih. Bersyukur saja dgn apa yang ada. Yang ada sekarang ni pon masib boleh dianggap mewah. Kalau nk dibandingkan org lain yang mungkin tidak memiliki apa2. Itulah dia, kadang kala kita kena sentiasa bermuhasabah diri.

Dalam kehidupan, kadang-kadang kita menemui kesulitan, namun ia merupakan kesempatan utk kita tumbuh menjadi lebih dewasa dan matang. Supaya kita lebih mengenal erti kesusahan. Dalam berasa tidak memiliki apa2, ia memberi kesempatan kpd kita utk mencari. Dan dalam kesempatan itu lah, kadangkala kita teruji lagi. Apa yang penting, mengalah jangan sekali.

illusi: pujuk hati bawak berlari...

Friday, July 24, 2009

Brand New BloG



Fuuuhh... fuuuhhh... kasi hilang habuk dulu... =P

Thursday, September 18, 2008

SePaTu RaYa mU



Alhamdulillah, sedar x sedar, aku dah boley packing bag nak balik Msia..yeay! Seminggu akhir duduk kat lab, hati, perasaan, pikiran ku sume da tertinggal di Msia. Tinggal kudrat badan ni je ku kerah menghabiskan hari2 terakhir sblm blk.

Tahun ni, raya macam best sket, anak rantau yg pulang ke kg halaman. Kimochi ii!! Mcm satu cerita Rahim Razali blk raya setelah lama bermustautin di UK. Tahun ni, aku x hanta salam perantauan.. gambar sume x cun. Hehe..bajet slama ni cun. Blk ni, sempat seminggu aku puasa kat rumah. Harap2 nikmat Ramadhan dpt aku kecapi berbanding puasa kat cn. Klu kat cn, terawikh pun rongak, inikan pula amalan2 lain. :-(

Owh, balik ni, bajet nak jumpe member2 lama. Esp, member kamcing masa skola dulu ni. Nak nak jumpe time raya nanti, sure mengembalikan kenangan kiteorg masa beraya rumah org masa kecik2 dolu. Ade satu cerita yg aku nak kongsi di cn, crite pasal sepatu raya. Hehe.. kalau aku teringat blk, mmg bangang tp berbau smart jugak la idea ni.

Ceritanye begini..
Satu hari, beraya dgn 5org kawan termasuk la aku ngan minah ni. Minah ni, kire bespren aku ms skola dulu. Masa beraya kat kawasan perumahan dia (kaw. perumahan dia byk org Melayu, rmi member kat c2) kami sume hanya berjalan kaki je. Bile da dkt ptg2 tu, tinggal aku ngan dia je.. sbb dah beraya rumah 3 org member yg lain tu, diorg malas da nak follow. Akibat masih tamak nak kumpul duit raya lg kot, kami merancang nak serbu lg dlm 2,3 buah rumah sblm magrib.

Masa tgh jalan2 smbl cocet-cocet.. tibe2, kasut raya dia putus da... leceh betui, bli kasut raya murah2 ni. Kalau diteruskan perjalanan dgn kasut terputus talinya tu, mau terpelecet kaki minah ni. Pk punye pk, idea bernas pun dtg.. dipendekkan cerita, kiteorg singgah le sebuah rumah agam yg tgh buat open house. Sasuga aku si drama queen, mulakan langkah masuk. Aku buat2 amik air, kunun aku sebahagian dr kanak2 yg ramai di c2. Lepas tu, kawan aku tu masuk, aku buat2 pnggl dia kunu nak bertegur sapa. Beria juga kami berlakon, bertanya itu ini, kunun lama x jumpe. Padahal xde sorg pun tetamu nak tgk kiteorg. Pelik juga aku, tuan rumahnya, tak tanye ke, kami ni anak sape.. mana mak abah. Kami selamber je lepak kat c2 dlm seminit dua.

Tanpa membuang masa, kami terus kpd mokuteki sebenar kami.. hehehe.. langkah kedua. Aku terus ke sliding door, tmpt terkumpulnya kasut2 org. Aku terjenguk2 ke dlm, kununnya mencari mak aku kat dlm tu. Kirenya aku tukang cover la. Kawan aku yg sorg ni pun.. buat2 la nak masuk tp x jd, terus grab selipar camtek org lain. Ada pulak yg satu saiz dgn dia. Mission accomplished! Wink! Bila da selesai, senyum2 sket.. buat muka biasa lps tu keluar la kami dgn senang sekali.

Begitulah cerita sepatu rayanya di rumah agam itu. Sape punya rumah la yg kiteorg main masuk. Naseb baik tuan rumah tu bukak pintu gate.. open house la katakan. Yg plng sadis sure la empunya sandal yg kena kidnapped tu. Xpe, aku doakan moga Tuhan murahkan rezeki budak tu. Amin... Yg kiteorg ni pulak, xde rasa salah langsung. Siap boley singgah beraya rumah cikgu lg lepas tu. Ampun kami Ya Allah.Hina betui aku zaman tu. Tapi, patutnya dah alang2 aku masuk umah org tu, baik aku makan sekali. Tak terpikir pulak time tu nak makan. Takde rejeki la tu. Da dpt sandal tu pun da cukup baik, tanpa ada sebarang kejadian buruk yg berlaku. Yelah, takkan waza2 nak korbankan duit raya yg br kumpul beli seliper jepun kat kedai runcit. Dan, kiteorg x terpk langsung nak curi kasut kat surau ke masjid ke. Sebenarnya, takde saiz budak kat c2. n kebetulan terlalu rumah tu.

Bila terkenang balik crite ni, rasa bangang gile. Tp smart la jugak rasanya. Hahaha... ha.. klu ade budak2 yg tgh baca kisah ni, JGN sesekali meniru tindak tanduk kami. klu darurat sgt pun, jgn lah mencuri, berdosa.. Ni sume kau la punye pasal **n! Xpasal2 kite jd pencuri semata-mata nak ganti kasut kau tu. Ni mak aku pun x tau kisah ni. Klu adik aku repot ni, ranap la aku..

Ni baru kesah, masa zaman skola rendah. Ada cerita bangang aku yg nak dikongsi lagi ni... huhuhu,.. selamat berqiamulail dan berpuasa =)