Friday, March 10, 2006

PUteRi GunUNg LeDanG the MusiCAL



Berbicara tentang teater apatah lagi muzika kita seringkali mengambil landasan muzika yang bertolak dari barat sehingga kita lupa siapa kita. Kita adalah bangsa Melayu dan pastilah budaya Melayu menjadi teras, nadi dan hidup matinya. PGL membuka era baru dipentas istana budaya di dalam mementaskan PGL. Tahniah dan syabas aku ucapkan teutamanya kepada Zahim Al-Bakri. PGL banyak memperlihatkan sentuhan ajaib Zahim. Tidak keterlaluan jika aku katakan sentuhan Zahim banyak menghidupkan PGL walaupun musical ini ditangani oleh 2 orang pengarah. Tp di sini aku nak kongsi sket lah.. biase la tu kan.. rumah dah siap, tukul masih berbunyi (maaf andainya salah peribahasa ini). Dari segi jalan cerita dan muzikal nya mmg hebat. Lebih2 lg diolah sendiri oleh Uncle Roslan Aziz kita. TAPI, muzik yang bising dan terlalu bising sehingga beberapa moments yang memerlukan penghayatan dramatik tidak terkesan kerana tenggelam dengan Muzik yang upbeat! Bunyi gong nye tak bleh lawan lah beb..meremang aku dengar. Menyentuh lakonan Puteri kita yg dimainkan oleh Tiara, aku tengok dia makin vouge sejak jd datin ni. X macam dulu2. Tapi dia x lah bagus sgt dalam PGLtM ni. Pada aku,jiwa Melayu Jiwa Jawa, masih tak cukup pada Tiara. Walaubagaimanapun, aku dapat rasa emosi beliau sbg PGL. Lakonannya baik. Walaupun suaranya biasa2 saja. Tabik pd Tiara sbb lenggok tarinya yang boleh tahan, considering, who she is. Stephen...aahh, in person, dia kacak orangnya. Tampan, ..tapi sayang, body berisi. Hang Tuah, sbg org yg berilmu, Laksamana, dan typical Melayu dulu, badan beliau sepatutnya lebih tegap dan sasa. Tak sempat nak layan gym kot.Bahasa Melayu Stephen out. Tp skill nyanyi bagus! Banyak yang nak diperkatakan tentang produksi PGLM kali ni. Dibanding dari sudut teknikal, mungkin produksi ini agak hebat berbanding karya muzikal terdahulu. (cam aku ni minat sangat theater laks) . The conclusion is, it was a great show which left most spell-bound and breathless. live with it! Well done sume.. At any rate pun,aku tetap berbangga dgn PGLM ini. Sekurang2nya, ada Datin Tiara dan Dato' Effendi yang berusaha membuat sesuatu. Dari duduk, memerhati dan mengkritik kerja org lain. Oklah tu.. Aku juga tak lupa nak ucap setinggi2 gunung trimas tuh abah mama booked kan tickets ari tuh. Kalau tak atas usaha mereka, dengar2 citerje lah aku. I Love you.Tapi masa last nite itu hari, ade pasang screen luar panggung. free.. sesape bleh tengok.