Tuesday, July 11, 2006

Pendek saje



Yelah yelah... saya updatekan kejap.. sbb xde cite menariks...asyik menolak je..deds y x mau post pape..


Photobucket - Video and Image Hosting

sensei cendawan..rambutnye membuatkn beliau digelar begitu.
Skrg hanya dlm kenangan


Bismillahirahmannirrahim...
Bunyi kapur itu buatkan aku gatal2 ngilu. Sreett...sreett...eeiii ngilu2..
Hentikan hentikan! Kan mudah kalau gune white board... Canggih pun ye,
aku pon x mengomel2 ngilu dalam diam. Ish mengadelah! Nak kondem2 sensei pulak.
Padahal diri sendiri yg salah. Berminggu-miggu lama nya aku x g kelas ni.
Maklum la kelas icigen..muri nak bgn pg. Lama dah x dgr bunyi gelek tari
kapur ayunan sensei tu sendiri. Aku gagahkan jua ari ni dtg. Menebalkan muka
yg mmg dah tebal ala2 Adibah tuuuttt... Kedatangan aku kali ni pun, x bw
makna yg begitu besar. Sekadar mengusha-usha (ade dlm kamus dewan x ni?suasana.
Mana tau..kot2 ade hint2 soklan, kena anta report yg pelbagai.. maklumla,
sedang dlm bulan ni petaka yg berat melanda lg. Exam... sesuatu
yg cukup sinonim bg mereka
yg bergelar student. Waktu2 puncak cengginilah, tunjuk2 muka dlm kelas,
tanya2 member
soklan tahun lepas.. agar diri sendri x ketinggalan "bas".
Cukup lah sudah 2,3 bas
yg telah aku lepaskan. Tidak mahu membzkan diri masa sem2 nanti...
Jugyo yg aku ponteng ni sensei nye cukup sporting.
Walau pun duda (gosip liar agaknya)
tp tetap maintain tampan. Giginya yg tersusun padat diserikan dgn kumis
yg terlekat rapi mampu membuatkan perempuan2 x laku
terpikat padanya. Percayalah..
Aku kagum dgn ketulusan sensei. X pernah sedikit pun menyimpan perasaan
dendam aka busuk ati nak kenakan aku. Walau pun spnjg hari x penah
ku jejak kelas nya, cume utk kali ini yg terakhir..
sensei tetap tersenyum memanggil nama ku
sambil merenung wajah ku. Ahh..mungkin redup wajah ku membuatkan sensei
sentiasa cool menatap rupa paras ku. Sensei hanya kate..ohisashiburidesu!
(lama x nmpk!)..
aku x pasti nada nya perli atau ikhlas,
yg aku pasti..sensei tanda kedatangan aku pd hari ini.
Dekat 2 jam aku tunggu org tua ni berhenti..
agar aku dpt berbicara secara personal dgnnya.
Peluang yg aku tunggu! Ku bawa beberapa helai kertas yg kononnya repot
tetapi bukan. kertas itu hanya utk mengaburi sensei akan aku
yg sungguh2 mentelaah ape yg diajari. Sedikit getar dlm hati..
takut2 kehadiran aku disalah erti.
Ku serahkan kertas itu sambil berkata. "Sensei, ini bukan soalan report yg sensei
suro buat, tp ini soalan yg saya buat utk latihan sendiri "(petah ku tutur dlm bhs ibunda sensei - bhs jepun).
Seraya sensei menyahut dgn penuh kasih sayang spt seorg abah..
"Owh, yg ini lagi bagus. Lagi byk soalan dr report yg saya suro buat",
jelas beliau memuji
-bukan encik muji- diriku.. Tidak semena, sensei terus memberikan credit utk aku,
yg menunjukkan aku sudah lulus 50% kelas nya. Keterharuan aku berombak tatkala
sensei sudi memberi soalan2 yg akan keluar ketika xm nanti. (soklan bocor lah).
Pucuk dicita ulam mendatang, simpati disua ihsan mendatang.
Sungguh baik hatimu sensei.
Aku doakan semoga Allah memberi rahmat atas kebaikannya memberi ihsan
pd aku. Sedangkan aku x patut menerima ihsan itu. Aku seorg yg engkar,
tergolong dlm org2 rugi.. tp sensei membuatkan aku tergolong dlm golongan2 org
beruntung. Kerna sudah pasti.. walau pun kelas mu tidak ku hadiri, tp 2 tan ii telah
kau beri... kekekekeke.....trimas sensei!!!!!!!!!



Photobucket - Video and Image Hosting
Adachi sensei nama diberi. Omaq Abdullah kami gelarkan.. Walau pun nota dicoret di sana sini. X salin pun xpe, sensei x heran..
-iras2 omar abdullah pengacara MHI skrg wartawan 999-
-n-

Saturday, July 01, 2006

Kisah sadis pedoman masa depan

Bagai kepala terhantuk di dinding.. menyedarkan aku pd waktu ini. Tak nampak benjol diluar, tp darah beku terenap bwh kulit. Segala yg berlaku dlm 2,3 hari ni aku rasa bagai satu beban besar tertindih di dada.. sesak nafas aku.Ditambah dgn badan aku yg gempal..menambahkan lg berat tanggungan ini. Emosi x stabil, hilang fokus..naseb baik x ilang akal..segala-gala bagai tidak keruan. Aaahh..bukan bicara org kemaruk cinta, kerna aku belum berpunya tp aku yg salah dalam menjaga hubungan. Bukan hubungan seksual atau luar tabii. Tp hubungan horizontal ciptaan manusia. Sepanjang aku berkawan dgn semua insan yg aku kenali tak pernah aku mengkhianati ikatan kawan sebegini. Entah kenapa kali ni aku terlupa pd prinsip yg selama ni aku pegang. "Perlu ada sifat seorg teman baik (pd lelaki mahupun wanita...kekeke) . Aku lupa aku lupa!! Semua salah aku.Maafkan aku, seharusnya aku x melakukan ini. Aku x berpk panjang ketika bersuka-suka.Mmg aku x suka pk orgnye,..maklumla lembab serba serbi. Betapa khilaf nye aku sehingga kadang2 mungkin selalu membuat org lain terkilan. Itu padahnya kalau lupa diri. Hilang segala-gala yg dipegang..hilang segala janji. Aku lah tu! Secara terbuka aku warwarkan pd semua.Maaf kan aku!Bukan maksudku bukan ingin ku! Maafkan aku sepanjang perkenalan kita selama ini buat teman2 . Andai lawak jenaka, bait2 kata,tindak tanduk aku membuatkan hati kalian terluka. Dan sememangnya insan biasa yg penuh dgn kelemahan, berat utk aku melafazkan maaf.Mcm lagu,..sorry seems to be the hardest word.. Dan aku jua tahu lebih berat lg bg org yg ingin memaafkan.Maklumlah dah terluka sekali. Harap tidak lah begitu,kerana aku kenal hati budi semua. Kalian semua tidak sekejam yg disangka. Sebab itu aku ikhlas mengibarkan bendera kemaafan. Aku bertanggungjawab atas semua yg berlaku andai benar itu adalah dr salah laku ku.
Mungkin Tuhan ingin menyedarkan aku. Agar lebih berhati-hati, sematang dgn usia.. Supaya aku lebih peka, tidak hanya dgn dunia sendiri. Aku mengerti betapa perit didustai. Walaupun aku x pernah merasai secara fizik tp berdasarkan pemerhatian, begitulah hakikatnya. Seorang insan periang spt aku, cukup tidak senang andai ade org lain yg membenci diri ini. Tolong lah kawan, berikan aku peluang..bakarkan kelambu sakit ati mu. Akan aku balas dgn ambi pure kewangian keikhlasan ku. Lupakan bau tatami bilik ku. Lupakan segala yg lalu. Yg baik ikut, sebaliknya dibuang jgn. Kisah yg lalu jdkan tauladan. Aku akan cuba memperbaiki diri sendri..(lebey2 lg tgh diet skrg).. bak kate org anjakan paradigma. Erm..reti sebut..teori tau..praktikal haprak! Tp jgn risau, aku takkan berubah. Aku tetap aku yg dulu. Teringat aku skola2 dulu..klu tulih dlm buku biodata member musti ade tulis.. BSURSICUB4... kekeke.. ntah pape!
Photobucket - Video and Image Hosting
Sebagai menutup kiasan pada kali ni.. aku ajak semua yg sudi berentak dgn luahan ini bertanya diri sendri. Layak kah kite menjadi teman yg sejati..buat insan lain yg bernama teman.
Kemaafan mungkin amat berat utk diberikan, kepada org yg pernah melukai kita. Tetapi dgn memberi kemaaf sajalah kita akan dpt mengubati hati yg terluka. Kemaafan yg kita berikan secara ikhlas, umpama pisau bedah yg boleh membuang segala parut emosi. -maafkan saya-