Thursday, May 31, 2007

Finally

Susulan entry Pak Lah nak dtg mggu lepas nye,
rasanya, masih belum basi lagi berita kedatangan Pak Lah kemari.
Jadi, aku crite sedikit sbyk mengenai majlis makan malam ari tuh.

Spt yg semua sedia maklum,
aku yg pacal ni jd emcee malam tu.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Abg Yus cakap suara aku mcm Maya Karin..wow!!
Tp part dia jd pontianak jerit2.
Tak kesah, janji tajwid nya betul
terang, jelas dan nyata.
kekeke

Perasaan aku as mc malam tu?
Tipu la kalau aku cakap x gelabah.
Terkedu juge bersemuka dgn Pak Lah,
maklumla, bukan tgk dlm tv,
tp ni yg real nye.
Time tu, aku set mind,
dalam sesuatu majlis ,
taraf VIP dan MC adalah sama.
maaf Dato Seri, saja nak motivated diri sendri.

About Pak Lah,
sgt mesra.. beliau sendiri bahasakan diri Pak Lah.
Mmg spoting abes sampai majlis formal jd sempoi je.
Student pun x rasa kekok sgt nk terlalu berprotokol.
Sampai ada bisik2 dr staff Jepun cakap,
"xpernah saya ke majlis yg sebegini yg melibatkan org2 besar,
meriah begini..."
well, thats our Prime Minister.

Tp keadaan jd x terkawal, bila sampai sesi bergmabar.
Masing2 berebut nak bergambar dgn Pak Lah..
sampai aku sendri tak de peluang.
Terkilan jugak la~
Penat2 aku bersengkang mata jyunbi nak jumpa
tp tangkap gambar pun x dpt.
*SIGH*

Xpelah, insyaAllah mana tau satu ari nanti,
aku duduk sebaris dgn leader2 negara.
Lps sesi gambar je,
Pak Lah terus rushing keluar.
X sempat nak wat apa2,..
sbb aku x jumpa n salam lg dgn beliau,
lepas je aku bg salam...
terus aku berlari keluar kejar Pak Lah.
Lantak lah nak tahan pun tahan lah.
"Pak Lah, Pak Lah!"
.....
maaf terpanggil Pak Lah~
aku ckp x de peluang nak salam Pak Lah td,
Wow! dpt bersemuka dgn Pak Lah.
Sempat la Pak Lah puji
"u did a good job, well done!
kirim salam ayah ye"
.
.
.
.
bangga gile!
Teringat aku masa kecik2 nak salam Tun pun mcm tu,
aku terpaksa selit2 nak salam.
Kali ni pun aku terpaksa selit2 nak salam Pak Lah gak.
Tp yg pasti,
alhamdulillah semua berjalan lancar skali.



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pak Lah malam tu


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
gambar mereka yg masuk paper


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
mc pd malam itu


Sekalung penghargaan
Tukang make up = Kak Yani
Tudung puncak kasih = Kak Farah
Kasut muncung hadapan = Kak Mell
dan terima kasih pd kawan2 yg banyak membantu
menjayakan majlis pd malam itu.


bercakap sebagai warga negara yang demokratis tapi hormat

Tuesday, May 22, 2007

Makan free lagi!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Alang2 Dato' Seri kemari,
boleh saya usulkan isu yang berat2.
Pak Lah bergaji besar,
pemimpin negara dan masyarakat.
saya tidak mengampu, spt yang lain2,
tp tidak rendah diri,
bercakap sbg warganegara demokratis
tetapi hormat.
Yang ptng malam tu nanti,
dinner sure free,
jgn lupa pakai smart2.
mana tau kot2 masuk tv,
walaupun kejap, tp cukup
utk mengenal Pak Lah dgn lebih dekat.
-wishmeluck-



Friday, May 18, 2007

Very nice

There's nothing as nice as someone
who shares your laughter,
your secrets, your wishes,
and cares,
someone who's there
through your
good times and tears,
who stays by your side
as your friend through the years





Wednesday, May 16, 2007

HEY HEY YOU YOU!!!

I try to be honest,
But some people hate me for that
U say im negative
that i always look at the bad side!
it always seem to make people fear me.
but they dont understand that i wont come after them,
if they dont come to get me (if u know wut i mean)
U know the unspoken rule,
i hope u still remember
fck rules fck fear
im sorry to say like that
yes, i know
the truth does hurt sometimes
i will change for the better
n i am gonna change.
i will stop messing around
and will treat all people around me
with the respect that they deserve.
i will change!
who need me to be a better person
the future is in my hands
and that is mine!
i can control my good n my bad..
...insyaAllah...


Saturday, May 12, 2007

母の日

大好きなママへ、
今日は或る献呈の言葉がある。
ママが知らないようこの語で伝える。
うちはママのことホンマに大好きやで。
だってね、ママは怒ってばかりいて嫌いやろうけど
でもママの周りはたくさん愛がいっぱいなんだ
ありがとうぎざいます。っていうの。
ママはいっぱいっぱいげ元気になっているよ。
何の不安もなくなるよ。
今日は私がちゃんとお話しているよ・・・・
・・・・・・・・

surrender gune nihongo.. kekeke

mama,
aku akui pernah wujud sekelumit benci pd mama,
pernah aku nafikan hak mama atas diriku
pernah aku sakiti mama
zahir dan batin

mama,
tau x,
mama plng x supportive langsung
dah la tak sporting mcm org lain
mama asyik hentam aku je
paling aku benci,
mama asyik menangkan abang
sampai aku rasakan
aku org asing dalam rumah tu

mama,
sumpah aku tak akan lupa
semua yang berlaku
banyak pengajarannya.
aku tak tau pandangan mama pd aku
bagaimana sekarang.
tapi pandangan aku pd mama
berubah sama sekali.
mama tidak spt dulu yang aku benci
sungguh pun bising dgn bebelan mama tiap hari
tapi aku masih boleh terima
bila berjauhan begini,
aku rindu nak dgr bebelan mama tu.

mama,
dulu aku ingat mama sgt membenci diriku
tapi meleset sama sekali
tanpa aku sedari,
tapi bila aku ingat kembali
satu persatu..
mama lah org pertama yang akan membantu
tak kira apa jua yang aku perlukan.

cakap saja, sama ada aku gurau aku tidak,
mama akan menyokong.
aku ingat lagi,
aku nak belajar dkt british council,
mama tak teragak2 labur kan duit
kuih yang dia buat tiap2 hari
aku nak kurus!
malam2 mama datang bawak makanan diet
masa aku belajar dekat um,
mama kuarkan duit sawit,
beli itu beli ini.
macam2 mama buat utk penuhi hasrat aku

tapi aku.....
apa aku dah buat utk mama?
aku tidak sebaik yang mama inginkan agaknya.
sumpah aku tak lupa
apa yang aku buat
pada mama
selama ini
mama pernah menangis kan?
aku nampak...
esoknya, mama buat2 lupa
tapi aku yakin tidak akan sembuh luka
dalam hati mama
selagi aku tak ubatinya

mama cepat mengalah~
mama ingat tak?
masa umur aku 13,
ada benda yang aku amukkan,
kita perang mcm musuh besar
bilik aku habes berantakan
esoknya aku pergi sekolah
mama ada masak,
yang pasti masak utk aku ke sekolah
tp aku tarik muka
berlalu tanpa jamah satu apa.
balik dr skola,
cepat2 aku masuk bilik elak dr kita bertembung muka
merajuk betul aku dgn mama waktu tu,
puas hati!
tapi, menangis aku jdnya...
tengok2, bilik aku mama kemaskan
semua yang sepah
mama susunkan
plng aku tak lupa..
cermin yang pecah, mama gantikan
pelekat sailormoon pd cermin lama,
mama cabut taruk dekat cermin br tu
mama ada sertakan sekeping nota
yang sgt buat aku terasa
sampai hari ni.
waktu tu,
aku tak berani nak mengadap
minta maaf kat mama sbb aku bersalah

tak cukup dgn itu,
aku buat hal lg
kita perang besar lagi kan ma..
mama pun sampai tak boleh kawal dah
aku apa tah lg
sampai terkulai jua
dibantai kudrat tua mama tu
yang menusuk hati tu,
masa aku tdo2 ayam,
mama masuk bilik..
lengkap bertelekung,
mama sembahyang hajat agaknya.
pelan mama usap aku
mama bisikkan sesuatu,
kurang pasti apa yang bc, mcm satu doa
nak meraung aku time tu
tp aku tahan control bg x kantoi.
perlahan mama bersuara,
mama minta maaf....sampai diusap kaki yang dibantai td
keluar je mama dr bilik, terus aku bangun.
apa yg aku buat?
bodoh betul! mcm org tidak ada agama!
mcm org xde ilmu..
aku tidak boleh begitu
sangat tidak boleh,
kerana syurga bersama mama

subuh nya,
lepas mama abes bg salam
aku nekad
aku melutut depan mama
aku luahkan segala
respond mama hanya satu
"tak rugi mengalah"

sejak peristiwa itu
hari2 aku berpesan
belajar istiqamah lembut hati
dan saat2 yang aku lalui selepas itu
membukakan mata
menyedarkan dr aku terlena

sekarang, seboleh-bolehnya
membuatkan mama bahagia
biarpun kita tidak semewah mana
tp kita sekeluarga hidup gembira
pernah aku terdengar,
mama berseloroh dgn kawan2
anak2 ni
mereka lah racun
mereka lah penawar

manis aku kenangkan
aku buat panggilan
aku tak lulus mombusho
maaf, nesh tak dapat gembirakan mama...
mama senyap,
tenang mama balas
ala, kau dah buat yang terbaik
mama dah cukup gembira
aku suprisedkan mama,
aku beli bunga
naik je kereta..
aku hadiahkan bunga tu pd mama
aku berlakon td, spy dapat blk celebrated sama
dgn keluarga cepat2
mama tak tunjuk,
tapi aku nampak lg...
menitis air mata mama
aku tau, air mata itu
bukan spt yang sblm2 ni

dalam hati aku berdoa
kekal begini
tidak spt dulu

bg aku, hari2 hari ibu
tp hari ibu betul ni, mcm penghulu bg hari ibulah
aku rasa mama pasti sunyi
anak2 dah tak dekat lg mcm dulu
tak dpt sambut makan2
tp dr jauh
aku doakan mama bahagia,
dunia akhirat
aku nak mama tau,
mama, madrasah pertama aku menuntut
segala2nya
sejak aku dilahirkan
mama mengasuh dgn acuan dia sendiri
mungkin mama garang dulu2,
spy aku jd org
masa rebung sempat dibentuk sblm jd buluh

yang berlalu,
berlalulah..
yang dah terjadi,
terjadilah...
insyaAllah aku belajar berubah lg
sedikit demi sedikit
tidak akan aku biarkan
mama bersedih lagi
doa mama,
melandasai semangat utk hidup lebih sempurna

bg seorang ibu, dunia hanyalah tempat sementara,
tapi seorang anak, ibulah dunianya

Mama,
biarlah ucapan dan doa itu bergema dalam solatku
semoga lebih afdhal menuju Al-Malik Yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengasihani...



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket