Thursday, September 18, 2008

SePaTu RaYa mU



Alhamdulillah, sedar x sedar, aku dah boley packing bag nak balik Msia..yeay! Seminggu akhir duduk kat lab, hati, perasaan, pikiran ku sume da tertinggal di Msia. Tinggal kudrat badan ni je ku kerah menghabiskan hari2 terakhir sblm blk.

Tahun ni, raya macam best sket, anak rantau yg pulang ke kg halaman. Kimochi ii!! Mcm satu cerita Rahim Razali blk raya setelah lama bermustautin di UK. Tahun ni, aku x hanta salam perantauan.. gambar sume x cun. Hehe..bajet slama ni cun. Blk ni, sempat seminggu aku puasa kat rumah. Harap2 nikmat Ramadhan dpt aku kecapi berbanding puasa kat cn. Klu kat cn, terawikh pun rongak, inikan pula amalan2 lain. :-(

Owh, balik ni, bajet nak jumpe member2 lama. Esp, member kamcing masa skola dulu ni. Nak nak jumpe time raya nanti, sure mengembalikan kenangan kiteorg masa beraya rumah org masa kecik2 dolu. Ade satu cerita yg aku nak kongsi di cn, crite pasal sepatu raya. Hehe.. kalau aku teringat blk, mmg bangang tp berbau smart jugak la idea ni.

Ceritanye begini..
Satu hari, beraya dgn 5org kawan termasuk la aku ngan minah ni. Minah ni, kire bespren aku ms skola dulu. Masa beraya kat kawasan perumahan dia (kaw. perumahan dia byk org Melayu, rmi member kat c2) kami sume hanya berjalan kaki je. Bile da dkt ptg2 tu, tinggal aku ngan dia je.. sbb dah beraya rumah 3 org member yg lain tu, diorg malas da nak follow. Akibat masih tamak nak kumpul duit raya lg kot, kami merancang nak serbu lg dlm 2,3 buah rumah sblm magrib.

Masa tgh jalan2 smbl cocet-cocet.. tibe2, kasut raya dia putus da... leceh betui, bli kasut raya murah2 ni. Kalau diteruskan perjalanan dgn kasut terputus talinya tu, mau terpelecet kaki minah ni. Pk punye pk, idea bernas pun dtg.. dipendekkan cerita, kiteorg singgah le sebuah rumah agam yg tgh buat open house. Sasuga aku si drama queen, mulakan langkah masuk. Aku buat2 amik air, kunun aku sebahagian dr kanak2 yg ramai di c2. Lepas tu, kawan aku tu masuk, aku buat2 pnggl dia kunu nak bertegur sapa. Beria juga kami berlakon, bertanya itu ini, kunun lama x jumpe. Padahal xde sorg pun tetamu nak tgk kiteorg. Pelik juga aku, tuan rumahnya, tak tanye ke, kami ni anak sape.. mana mak abah. Kami selamber je lepak kat c2 dlm seminit dua.

Tanpa membuang masa, kami terus kpd mokuteki sebenar kami.. hehehe.. langkah kedua. Aku terus ke sliding door, tmpt terkumpulnya kasut2 org. Aku terjenguk2 ke dlm, kununnya mencari mak aku kat dlm tu. Kirenya aku tukang cover la. Kawan aku yg sorg ni pun.. buat2 la nak masuk tp x jd, terus grab selipar camtek org lain. Ada pulak yg satu saiz dgn dia. Mission accomplished! Wink! Bila da selesai, senyum2 sket.. buat muka biasa lps tu keluar la kami dgn senang sekali.

Begitulah cerita sepatu rayanya di rumah agam itu. Sape punya rumah la yg kiteorg main masuk. Naseb baik tuan rumah tu bukak pintu gate.. open house la katakan. Yg plng sadis sure la empunya sandal yg kena kidnapped tu. Xpe, aku doakan moga Tuhan murahkan rezeki budak tu. Amin... Yg kiteorg ni pulak, xde rasa salah langsung. Siap boley singgah beraya rumah cikgu lg lepas tu. Ampun kami Ya Allah.Hina betui aku zaman tu. Tapi, patutnya dah alang2 aku masuk umah org tu, baik aku makan sekali. Tak terpikir pulak time tu nak makan. Takde rejeki la tu. Da dpt sandal tu pun da cukup baik, tanpa ada sebarang kejadian buruk yg berlaku. Yelah, takkan waza2 nak korbankan duit raya yg br kumpul beli seliper jepun kat kedai runcit. Dan, kiteorg x terpk langsung nak curi kasut kat surau ke masjid ke. Sebenarnya, takde saiz budak kat c2. n kebetulan terlalu rumah tu.

Bila terkenang balik crite ni, rasa bangang gile. Tp smart la jugak rasanya. Hahaha... ha.. klu ade budak2 yg tgh baca kisah ni, JGN sesekali meniru tindak tanduk kami. klu darurat sgt pun, jgn lah mencuri, berdosa.. Ni sume kau la punye pasal **n! Xpasal2 kite jd pencuri semata-mata nak ganti kasut kau tu. Ni mak aku pun x tau kisah ni. Klu adik aku repot ni, ranap la aku..

Ni baru kesah, masa zaman skola rendah. Ada cerita bangang aku yg nak dikongsi lagi ni... huhuhu,.. selamat berqiamulail dan berpuasa =)


Thursday, August 21, 2008

Selamat Pagi Malaysia

Baru balik baito.. cuaca nyaman pagi nih..best kalau lena ni...td tgk olimpik, tgk bendera Jepun dinaikkan. Teringat pula negara ku yang terchenta, x kedengaran lagi kat olimpik lagi. Xpelah, xde rejeki.....

Lagi 10 hari nak merdeka. Sepanjang meniti hari kemerdekaan ni, marilah kite tanamkan semangat patriotisme kpd negara. Teringat zmn sekolah, klu masuk bln 8 je, byk aktiviti2 kenegaraan yg ada. Pertandingan bercerita tokoh negara, buat essei, hias2 kelas... plng x lupe nyamnyi lagu patriotik. Ha... time tu tgh femes lagu Sejahtera Malaysia yg video klip die tu ade Ogy Ahmad Daud.. sure korg igt.


Ada lg lagu feberet aku, yg lirik nye ade.."tumpuan pelancong.. dan juga para peniaga.. batik songket tenunan menawan, terkenal..merata dunia..." haha, menyanyi2 hatiku. Lagu Allahyarham Sudirman tu, tak payah cerita la.. mmg lagu keramat negara. Kreatifkan. Tidak kira, kawan2 berbangsa Cina, India.. sume pandai nyanyi lagu2 patriotik ni.Banyak lagi lagu2 patriotik yang selalu berkumandang kat tv, radio satu ketika dulu. Kalau tgk sekarang ni, lagu2 patriotik tu masih ada, tp tidak semeriah dulu. Sekarang lebih kepada kempen2 barangkali. Kempen membaca, keamanan, malaysian for unity la etc etc etc.. teringat pulak lagu Kak Siti, sayang IT cinta IT... IT!.. hahaha, hatiku menyanyi lagi.

Kenapa sekarang tidak begitu meriah, harmoni macam dulu. Terus terang pandangan peribadi aku, sekarang rasa agak kurang best kalau baca akhbar utusan Melayu, The Star. Hari2 berita ketidakstabilan dlm negara keluar. Kalau dulu yg ada pun tidaklah sepanas skrg ni kot. Tak boley lah aku komen lebih2, karang x pasal2 pemilik blog tenpurahangus kena tahan.

Biarlah berbeza pendirian politik, jangan sampai nak memutuskan tali persaudaraan, menjahanamkan negara sendiri. Kita semua warganegara Malaysia sangat sayang Malaysia dan takkan tinggal di bumi Jepun selepas tamat belajar..Walaupun tempat sini lagi bagus. Orangnya berbeza pendirian politik pun 'takde' nak gaduh gaduh sesama sendiri. Macam lirik lagu Aboi kalau sape yg tahu la..
"buat apa gadoh gadoh sama kita. Malaysia kita ni kan kecik aja. Kalau semua gadoh, sapa nak jaga....." hahaha,
maaplah pendekatan aku terhadap berdasarkan penghayatan terhadap lagu2 yang aku dengar. Sbb tu aku ada banyak koleksi lagu dan menghafal byk lirik dan dialog2 filem.


senyum kambing

"Masa depan ekonomi negara tidak akan membawa
apa-apa makna jika keselamatan tidak terjamin,
keselamatan adalah teras keutuhan
ekonomi dan kestabilan politik"

Tun Hussein Onn
Perhimpunan Agung Umno
15 September 1978



ps: safety first!!!!

Tuesday, August 19, 2008

LePaS sUdaH

Alhamdulillah.. abes sudah entrance exam aku hari ini. Ramai juga member2 mechy yang amik exam utk sambung master. Semua muka2 byk yg aku kenal. Tp ada jugak dari dai lain yg amik. Dalam ramai2 tu, ada 3 org ryugakusei termasuk aku. 2 lg tu budak dari tanah besar.

Disebabkan aku amik exam utk foreigner, lain sikit dr budak2 nihon jin. Dari 8 soalan besar, aku kena jawab 2 je.Berbanding mereka kena jawab 4. Dari 2 yg aku jawab, 1 pun aku x yakin. huhuhu.... X ku duga soalan yg keluar begitu rupa. Langsung x serupa dgn kakomon yg telah aku masterkan sejak berminggu yg lalu. Boleh x, soalan zairiki kena guna formula netsuriki. Dah la aku netsu lemah sikit. Lgpn, x pernah dalam memori aku belajar yang itu. So, da burn satu soklan.
Soalan kedua pasal kiriki. Boleh la... sbb kiriki antara subjek yang aku suka. Tp itupun, sampai ke soalan ketiga dia, aku dah stuck dah! Tp dr dibiar kosong, aku hentam je lah ape yang aku tau.

Habes exam jam 3. Terus aku ke coop skola membeli roti pai kesukaan dgn air aloe vera. Lepak kejap kat bawah tu, smbil menghirup angin yang ari ni sepoi2 bahasa. Tak berapa panas hari ni. Syukur..

Sebelum ambik exam td, sensei sempat cari aku. Bertanyakan, kenapa tak dtg smlm? Jawapan aku, aku nak study kat umah.. relax sket. Mmg relaxed banget! smpi musnah aku hari ni. hehehe... Sensei tunjukkan kansouki 乾燥機 da smpi. Katenye, boley la soro2 buat jikken. Tersenyum kelat aku. Terus aku msg cik sal, housemate aku tu. Mengumpat kecil sensei. Tp aku da tarik balik sbb time tu belum xm lg. Huhuhu, padan la muka aku, sbb kan ngumpat td tu lah aku lupa shiki2 yang ada dalam otak ni. Maapkan aku sensei.

Takpelah, barang yang lepas jangan di kenang. Doa dan tawakal saje senjata sekarang ni. Misi lepas ni, mencari tiket pulang (yabai! tiket x carik lagik!).. dan kena cari barang2 sampingan b4 balik. mcm biasa jadi camera hunter, carik periuk, dan barang2 kiriman orang. Sedaya mungkin aku cuba penuhi kiriman mereka semua. Dan lagi, memandangkan aku xde natsuyasumi, aku duduk diam2 je lah jd penunggu kat Kyoto ni. Kerja aku menyanjo jelah jawabnya...hehehe...

Jangan ingat percutian yg tiada cuti ni x best. Yg paling best, atas kerjasama dari Abe Yus, aku mampu memotivasikan diri spnjng natsuyasumi ni.
Mekaseh Abe Yus ^^

Dan semenjak dua menjak tiga menjak ni..(tiru abg nabil sket).. byk pula story mory yang berlaku di sekeliling aku. Setiap cerita aku dgr dgn penuh sedia, yang mana mampu aku bersuara aku cuba suarakan. Mana yang aku rasa aku pun menanggung masalah yang sama, sama2 lah kita mencari jawapan nya,.. ye kawan.

Maklumlah, hidup ini bukanlah sebuah dvd player, yg dpt backward dan forward. Hidup ni hanya ada tombol play dan stop saja.

gonesh


terima kaseh kepada mama, abah, kawan2 yang bg sokongan, msg2 ganbatte yang berbagai gaya dan wadah2 yang menarik. cukup mengembirakan aku...
lepas ni musim agogo... hehehehe...

ps: sedikit bicara, banyak menyintai

Tuesday, August 05, 2008

BinTanG akU dan KaMu ☆

post ni aku kidnapped dr deja utk dikongsi dgn semua.. n plz note that these article is written for fun purpose ..n for those yg suka berangan juga tu..

►SCORPIO - THE VIRGIN (10/23-11/21) Loves being in long relationships. Likes to give a good fight for what they want. Extremely outgoing. Loves to help people in times of need. Best kisser. Good personality. Stubborn. A caring person.

►TAURUS - THE BAD BOY OR GIRL (4/20-5/20) Very high appeal. Love is one of a kind. Very romantic. Most caring person you will ever meet! Entirely creative. Extremely random and proud of it. Freak. Spontaneous. Great at telling Stories. Not a Fighter, But will Knock your lights out if it comes down to it. Someone you should hold on to.


►GEMINI--HARD TO LOVE (5/21-6/21) Outgoing. Lovable. Spontaneous. Not one to mess with. Funny. Excellent kisser. EXTREMELY adorable. Good personalities. Loves relationships. Addictive. Loud.


►CANCER - HARD TO CATCH THEIR HEART (6/22-7/22) Trustworthy. Attractive. Great kisser. One of a kind. Loves being In long- term relationships, if you can actually get them to stick around. Extremely energetic. Unpredictable. Will exceed your expectations. Normally not a Fighter, but will if neccessary. Someone loves them right now, they jut dont know it.



►LIBRA - THE PIMP (9/23-10/22) Caring and kind. Smart. Center of attention. High appeal. Has the last word. Good to find, hard to keep. Fun to be around. Extremely weird but in a good way. Good Sense of Humor. Thoughtful. Always gets what he or she wants. Loves to joke. Very popular. Silly, fun and sweet.



►AQUARIUS - THE ONE U CAN'T TOUCH (1/20-2/18) Great talker. Attractive and passionate. Laid back. Knows how to Have fun. Is really good at almost anything. Great kisser. Unpredictable. Outgoing. Down to earth. Attractive. Loud. Talkative. Not one to mess with. Rare to find. Good when found.


►PISCES - THE SEX ADDICT (2/19-3/20) EXTREMELY adorable. Intelligent. Loves to joke. Very Good sense of humor. Energetic. Predict future. BEST kisser. Always get what they want. Very Attractive. Easy going. RARE Find. GOOD when found. Loves being in long relationship. Talkative. Romantic. Caring. NOT one to mess with.



►SAGITTARIOUS - KNIGHT OF WANDS (11/22-12/21) Sagittarians are all about optimism and bringing cheer.Sagittarius people have a great sense of humor. Not only do they like to laugh, but they love to make others laugh as well. They can be the highlight of the party. Sometimes they tend to overexaggerate their conquests which shows their hunger for challenges and bigger goals in life.



►LEO - THE SEX MANIAC (7/23-8/22) Very talkative. Nice to everyone they meet. Their Love is one of a kind. Silly, Fun and SEXY. Have own unique appeal. Irresistible. Most caring person you'll ever meet! however not the kind of person you wanna mess with...they will kick your ass... u might end up crying...


►ARIES- THE PLAYER (3/21-4/19) Nice. Love is one of a kind. Great listeners Very Good in bed ;p..Lover not a fighter, but will still knock you out. Trustworthy. Always happy. Loud. Talkative. Outgoing VERY FORGIVING. Loves to make out. Has a beautiful smile. Generous. Strong. THE MOST IRRESISTIBLE.


►VIRGO - THE BEST SEXUAL PARTNER (8/23-9/22) Love to bust. Nice. Sassy. Intelligent. EXTREMELY SEXY. Predict future. Loves being in long relationships. Has lots of friends. Great talker. Always gets what he or she wants. Also not a fighter, but if they have to, they will also knock the lights out of you if it comes down to it.Cool. Loves to own Geminis' in sports. Extremely fun. Loves to joke. Smart.




►CAPRICORN - THE SEXY ONE (12/22-1/19) Dominant in relationships. Someone loves them right now. Always Wants the last word.Rare to find. Caring. Smart. Sweet. Loud. Loyal. Beautiful. Goofy. Easy to talk to. Everything you ever wanted. Easy to please.Loves to smile.Beautiful laugh.Patient.Amazing in the you know where..!!! Bit of naughty.The one and only.




☆check la masing2 punya bintang...sure ade yg senyum2 masa bc tu kan.. perasan sweet, great talker, intelligent, etc etc etc...
nway, cik nesh d bwh naungan aries.. hurm.. bila baca.. naruhodo ne.. ;p
nnt share la korg pulak bintang2 ape.. buley la korg pun hurm, naruhodo ne.. haha..
nway, credit to my fukubukuromate, deja ~

ps:If you judge people, you have no time to love them.


Friday, August 01, 2008

MenCari vs MenJadi


Mencari pasangan hidup antara perkara yang kerap kita utarakan lebih2 lagi org perempuan.
kerna aku sendiri pun seorang perempuan normal, selalu juga berborak kosong ttg perkara ni.

Semua sibuk mencari? Mudah ke nak mendapatkannya. Pernah aku terbaca satu artikel terbitan Nur. Tempat2 mencari pasangan. Antara tmpt yg popular org mencari kekasih ni dkt universiti. Yelah kan, kalau da belajar sama, main bersama 3,4 tahun da tentu kuntum2 kasih pun terbentuk.
Selain tu, tmpt keje juga menjadi tumpuan org2 single nak mengusha org. Ini perkara biasala kan.
Slalu pun tgk dlm tb. Dan jgn terkejut, time kenduri kendara pun antara spot mencari kekasih rupanya. Aku pun x tau.. patut la masa kenduri kt kg2 aku, ada sore2 nakal ngorat aku.
Keskeskes.. Pastu ada lg senarai tmpt2 yg lain cth library, shopping complex, taman etc etc etc..

Ada juga yg siap buat list tentang pasangan impian masing2.Kita slalu mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa.Kalau berubah jd gendut xpe. Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Usulan disini dari konsep menCari kepada menJadi.

Kita semua sedia maklum, kalau bicara dgn lelaki.. rata2 mereka inginkan yg jelita, elegant ala2 Nashrah Hani Erra Fazira dan seangkatannya. Kita pun yg perempuan, apa kurangnya. Impikan pasangan yg hensem, macho mcm Norman Hakim (teringat kumpulan dia dulu plak -impression). Jadi utk meramaikan lg pencalonan pasangan hidup yg ideal, kita ubah mentaliti mencari. Harus kita sendiri yang ada inisiatif menjadi spt mereka. Sudah tentu tidak perlu 100% mnjd org lain, sehingga mengubah identiti sendiri. Ikut acuan masing2.Aku pun pasang azam sendiri jugak ni.

Jadi, kesimpulannya tak perlulah terlalu obses untuk mencari pasangan hidup. Cukuplah sekadar yang setanding dgn kita.
Jika mengharapkan suami sehebat Saidina Ali Karramallahu Wajhah maka, kena lah JADIkanlah diri semulia Saidatina Fatimah Az-Zahra. Terlalu jauh utk sampai ke tahap itu, kan?!

nothing
wanita itu adalah rahsia. berbagai ragam dan juga gaya
-gambar hiasan sendiri-



ps: Kejelitaan adalah hak milik setiap insan..

Monday, July 28, 2008

RaHmaT UjAn

Lepas blk dr baito yuubin pkl 7pg, aku jemur baju yg aku basuh pd malam nya tu.
Dah siap2 jemur baju, aku pun tido spt biasa.. tgh hari tu aku terbangun.. GeDEbUMM!!!
-auzibillah- cpt2 aku jenguk ke sunroom aku tuh..

wuishh!!!its raining!!its raining!!!the best thing that ever happened to umbrellas!

alhamdulillah, akhirnya ujan turun juga di bumi bertuah ni. walaupun petir nauzubillah, ..
nih kalau kuar bawak payung, kebarangkalian kena panah tinggi ni.. mungkin byk setan nak kena panah agaknya. setan kecik aka kak mek tu, terkena ke tidak tu, senyaaappp je... kena panah lain hagaknya... ;p (jgn marah ye kak mek! saje gurau rindu)
dan 2,3 hari ni diramal ujan akan berterusan.. sejuk sikit 2,3 hari ni..

kalau hari2 yg sebelumnya.. panas teriknya mmg tak tahan. manakan tidak, pukul 8pg kat cn,
mcm pukul 12tgh waktu msia. itu klu pegi skola tgh2 hari -sbb bgn pun tgh hari, pdn muka-
mmg azab betui la.

boleh dirasakan perbezaan panas tahun ni dr tahun2 lepas. kalau tahun lepas, bln 8 baru lah rasa panas bahang, tp tahun ni.. baru bulan 7 nanoni!!! kenapa aku merungut sgt dgn cuaca panas ni?
mcm aku nih anak org artik pula. x biasa2 pulak.
mmg betul babe, panas dkt kyoto ni.. hanya syazana yamagata saje yg dpt menilainya..
sbb nya, dia baru turun g mensetsu konica ari tuh.. dia pun bising.. panaihh na! panaiihh.. (loghat utahga sket)

syaz
ini beliau

panas nya dkt sini, panas kering. yakni kalau pasang kipas tu, xde maknanya kipas tu dipasang.. baik simpan dalam kotak beli air cooler. mcm rumah yg atapnya zink tu. bila tgh hari kan bahangg sampai pakcik2 belenggeng pki kain plekat tp x pki baju. dah la boroi plak tu.. astagfirullah alazim..pakcik mana pulak aku ngumpat ni.. dosa2..lari dr topik pula. haa.. mcm tu la rasa panas nya dkt sini. lepas tu terdiscover sth jugak. iaitu, keluar peluh2 dr tmpt tak biasa keluar. cth nya, kaki kerap peluh. sampai jeans jd lembap2 sket.. xpernah rasanya jd kat msia symptom ni.. tangan pun asyik melekit2 je. tp yg pelik, tak kecut2 jugak kaki aku ni.. ehehehe..

byk lg symptom2 pelik kat jepun ni yg dipanggil 夏バテ(natsu bate- symptom summer)
cth lain: asyik nak makan eskremmmm je...tak pun cari menda2 sejuk. sbb panas sgt..
tp malas nak senam. slalunya, bl cuaca panas. badan jd cepat letih. jd kurang bersenam tp makan pulak lebih..
kalau kulit gatal2, tumbuh ruam tiba2.. pun biasa terjadi.. tp klu natsu bate aku bukan ruam2 merah, tp kulit jd gelap2... aku panggil zaman kegelapan gitu.. huhu.. sebbaek ade loreal uv protection.. terprotect la sket.

jd, ape yg perlu time natsu2 ni.. minum byk air. tu aku disiplin kan diri. x kesah la air ape jgn alkohol ya udah... lagi satu, yg kena disiplin.. sunblock ye kawan2!! jgn lupe tu, pki kat tangan, kat muka.. tak kesah la korg lelaki ke pompuan ke, pntg tu. mmg la time muda2 ni x nmpk kesannya, nnt bila usia da lanjut tumbuh jeragat pula. tu pun klu sempat tua.. ish ish ish..

belum lg, klu try2 pose time2 natsu ni. beware sape yg x ganti lg tu..
teruji jugak bila puasa time2 ni. panas dan dahaga mcm berjalan 3 hari dkt padang pasir. tgk pulak, member2 makan eskrem, minum air cc lemon, makan hiyeshi soba.. adehh adehh.. dugaan klu pose kat kt cn. tahun ni pun diramalkan pose bulan 9.hagak panas time tuh.. iman kite teruji lg dic2. kalau yg pose kat msia, buley la tahan lg. sume org tgh pose, buka ade bazaar ramadhan, suasana semayang terawikh.. jd smgt kan rasa pose kat msia. bnding kat sini yg x punya apa.. hambaaarrr je...


Photobucket
  7/27: 大阪上空に 猛暑の怪物

awan berbentuk monster dekat Osaka. disebabkan awan monster ni lah hujan pun turun.. sbbnya, awan monster ni kandung air.. smpi tempat sejuk.,. aku pun cair.. kate dia..
ni kalau tanye deja ni.. nmpk x awan btk monster kat langit tu.. sure beliau menjawab "hey! mana adalah kau ni.. awan bentuk nye mmg pelbagai,. ada yg mcm ketam, mcm sugus, mcm bola.. bla bla bla..." ehek ehek ehek..

owh berbalik pd mukadimah aku td.. baju yg aku jemur.. lencun abeh!! buat malu je jemur ari tuh.. ni bukan KY ni.. ni TY...(tenki yomenai).. *sigh*

ps: raining in my heart..its been raining all day, and still raining into the night♪

Saturday, July 19, 2008

bUai LaJu2



g1
jeng jeng jeng.........


bahasa malam mu, mengupas peribadi ku..
aku bercermin, dikaca mata jernih mu saat itu..
keasyikan berbicara, mendorong aku mengejar bayang mu terlalu laju...
lalu aku tergelincir dr landasan fikiran..
terjerumus dalam jurang khayalan aku sendiri..
namun, saling tidak menyalahkan, tidak langsung menunding jari..
buat aku tertunduk segan, mengenangkan segala kesalahan..
mujur ada kalian..
memberi sedikit semangat dan pengharapan..
agar sentiasa memandangkan kehadapan...

ps: rangkaian bila bosan kenkyuu di waktu petang -mami,dej-

Thursday, July 17, 2008

bRoad-MinDed

7/18 jam 1800

sensei, sensei.. aku rasa, kenkyuu yg aku buat ni, melampau la sensei..
-kenapa pulak?-
yola, aku pulak yg susah2 kena pk kan masalah sykt tuuuttt ni. pdhl aku br undergraduate. ni bkn tahap aku ni.
-kamu give up?-
hagak la..
-出てください!-
.............. (pdn muka aku)

hari yg sama, jam 1900

-kamu, jumpe saya jap-
............. (matilah aku!)
-kamu nak dgr satu cerita? klu tidak pun, saya tetap ingin bercerita.
bayangkan, bayi yg baru pandai nak jalan. setiap kali dia bangun, dia jatuh,
setiap kali dia bangun, dia jatuh.. ye, org2 yg bukan bersedara dgn budak itu, akan mentertawakan dia. アホ!アホ!って・・・
tp, mak bapak budak tu buat apa? mereka tidak mentertawakan dia, malah memberi sokongan.
bertepuk tangan.. イケ!イケ!って・・・
jd, begitulah jua saya.. tidak pernah menganggap, ketidaktahuan kamu, menandakan kamu bodoh. jd, tidak perlu rasa putus asa.. belajar dr kesilapan. belajar lg..
jikken, shippai takpe! jnji tulus! bersifat matang, work hard!
mulai esok, tiada berita buruk yg saya mahu dgr.. howkey?!-
hurm... baiklah...saya coba...がんばっていとくわ!

sensei
sedikit sbyk dikau buat aku mengeluh


ps: bukan bodoh, tp kurang tahu ♪~

Wednesday, July 16, 2008

i not afraid of mistakes

selesai kerja ku.. aku menggeliat, membetulkan tulang temulang yg lenguh ni. krek kruk..
ku menjengah kepala ke luar tingkap.
mengambil angin malam, sblm mengucapkan slmt malam dunia.
sambil itu, aku mendongak ke langit.
owh rembulan separa tersenyum ke arah ku, terang jelas cahayanya.
walau berselindung di balik awan.

berhari kita berindraloka dengan kata kata klasik..dengan bisik bisik madah pujangga..
dengan megah pujian sendirian tentang kehebatan keilmuan kita yang direka skreen ini..bagai dirangkai rangkai persoalan agar bertemu jawabnya...segalanya terurai, terungkap dengan pencarian dan selongkaran...
jawabnya...
hati kita masing masing...sudah dimiliki..sehabat mana minat bertemu hasrat..lantera pengucapan kita terhenti..namun garapannya masih lagi panjang...moga yang kusut akan terungkai.
dan aku sesekali tidak pernah kesal dgn langkah ini, walau longlai sesekali...

ps: mkck sapiren membantutkan ilham ku...

Friday, April 25, 2008

FaMily ku OmoShiRoI bLakO

Dah brape kurun x hupdate da.. dah lupe empunya diri ade blog rupenye..
Kali nak post psl family lah. Tepon family td bertanyakan khabar n lama jugak spnjg on9 ym tu, spnjg tu jugak tepon ym farah. So, dpt la dgr sesi borak2 kat rumah tu, loud speaker hagaknye..
Terjadilah sengketa pd masa itu, bila abah ku, Encik Jamadon memulakan cerita...

En. Jamadon : Abah, slalu jumpe duit seringgit kat office.. yg dah kenyut2..
Abah amik simpan masuk pocket...
Pn. Ainon : Ish, awak tu! x baik lah.. org kalau jumpa sedekahkan kat masjid, surau...
Ezuan (abgku): Klu wan, wan bg kat pak guard yg berdekatan...
Aku (dlm ym) : Klu nesh, sorokkan..tunggu lepas 3 hari baru hamik....


Kesimpulan sengketa ni,.. xde nilai moral langsung la rupe2 nye. Ade pun mak aku la.. tu pun patutnya kena tunggu 3 hari dulu kot. Br bley amik. Mcm pikiran aku tuh.. Tp aku sorokkan dulu la.. Haha, kerna duit seringgit yg abah ku jumpa..riuh satu rumah smlm.


Photobucket
ini contoh shj, bkn ini duitnya..

Saturday, March 08, 2008

hAri MenGUndI

Hari untuk mengundi, adalah hari ini.
Sayang kali ni, aku x dpt mengundi utk pertama kali.
Kena tunggu 5 tahun lg.
Tp bahang mengundi ttp aku rasa di cn.

Kalau lah aku di Msia sana, sudah pasti aku antara yg awal tunjuk muka.
Untung2 dpt nasik lemak free.
Topi, payung, kipas, bendera..
mcm2 lg menda free bley dpt klu ngundi awal2 pg.

Klu tunggu 5 tahun lg, silap2..
aku dah bley jd calon.
Ganti Noraini Ahmad..
cam mana Eban? layak x aku..huhuhu...


ps: reform meneruskan perjuangan Melayu, dulu,kini..selamanya..InsyaAllah

Saturday, January 26, 2008

Denias - SeNandUng Di AtaS AwAn

2 hari cuti sendirian berhad tak ku biarkan berlalu begitu saja. Semakin dekat meniti hari peperiksaan, semakin kosong hari2 aku. Buku yang dibaca, soalan latihan yg cuba dibuat, belum pun cukup 30 mnt masa pertama otak ku dah xley fokus sepenuhnya. Terpaksa aku normalkan kembali dgn mencari mangkin2 berdekatan. Skrg makin rajin aku memetik gitar. Alunan gitar petikan sendiri, ye cukup menenangkan aku. Bosan sudah menggoreng gitar, beralih angin ke mangkin kedua. Laptop hitam ku ini menyediakan perkhidmatan intenet 24jam sehari tanpa henti. Disini lah aku melayari segenap laman yg ada. Dari novel on9 yg tlh masuk thn ke 5 aku ikuti, laman2 web tentang politik tempatan dan berita yg aku rasa perlu diambil tahu, laman friendster utk menjejaki perkembangan rakan2 di luar sana, laman mendonload di sana sini dan berbgi2 lg sudah cukup mengkhayalkan aku. Sehingga lah, aku terpana pd satu web khas mengenai filem ini.



Melihat pd synopsis, garapan cerita dan para pelakonnya, sgt menarik perhatian. Filem ini berdasarkan kisah benar dan mendpt byk pengiktirafan dr pengkarya seni.Oleh itu, tak dpt aku bayangkan bgmana mamat betul yg bernama Denias tu mengharungi segala. Selain itu,nama gah spt aktres Nia Zulkarnain dan Marcella mengembalikan kenangan aku masa kecik2 menonton filem meletup mereka. Antara yg aku plng igt lakonan Nia dlm filem komedi Doyok.
Berbalik kpd filem Denias ini, sememang nya aku amat menyukai filem2 bergenre begini. Filem yg isinya indah dan tersirat disebalik yg tersurat. Unsur melankolik yg mampu menyentuh jiwa, hati dan perasaan klu buley jantung, usus dan segala mcm isi di dlm utk turut merasai segalanya. Sbb itu aku kurang meminati filem yg mnjd kegilaan dunia spt Harry Potter, drama series spt Heroes, Charmed dan seangkatan dgn nya. Owh maaf, blog tenpurahangus ini bukan utk mengulas @ mengupas filem2 spt blog2 media yg lain. Hanya sekadar suka suki diri sendiri utk kawan2 yg rajin bc blog aku ni.
Sejurus menonton trailer Denias, aku cari pula keseluruhan ceritanya. Tidak menjadi masalah di zaman generasi yg dipanggil utube skrg ni. Laman youtube menjanjikan kepenuhan filem ini. Dr part 1 sampai part 12. Sesiapa yg berminat nak tgk cite ni just search "Denias" di youtube. Terbuang juga masa aku scr berfaedah dgn menonton filem ni. Best dan menyedarkan. Tontotlah, setelah 2,3 jam mentelaah tu...rehat kan minda...


p/s: mengajar aku erti kesederhanaan dan bersyukur....

Tuesday, January 22, 2008

MaMa & JuBli EmAS nya

Sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas mama, aku buat suprise sket. Setelah beberapa minggu aku berdiam diri. X tepon rumah,segala mcm offline msg tidak aku balas (rajuk sementara kununnya),..sehingga la aku dpt idea bernas nk wut suprise kt big momma.
Bertepatan 1/19 yakni befday mama yg ke 50 thn.. seraga bunga ku kirimkan..

Photobucket


Bunga tu aku carik service dlm intenet je. Mahal sket, tp oklah..bile lg nk sentimental2 cenggini.
Ini bunga kedua ak bg kt mama. Selain bunga kantan, bunga cengkih..dan sbgnya yg mak aku pesan g beli nk masak. Masa 1st time dulu, lps dpt result mombusho. Tu aku bli sempoi2 je kat midvell. Tp aku tau mama still smpan bunga 1st dulu walaupun dah layu tggl batang. Then, kali ni aku bli yg bosar n spesel sket la. Siap ada raga skali. Bley la mama gune raga tu g pasar ke, tempat letak kunci2 ke. Terpulang la. Tp hadiah tu bg aku sgt bermakna beserta ucapan yg aku kirimkan.

Photobucket
Haji Jamadon , Hjh Ainon

Sedar x sedar mama dah 50tahun umurnya. Dan aku pun dah besar. Cukup utk aku pula yg memikul tanggungjawab menjaga mereka. Sentiasa dlm solatku bergema doa, memohon Allah membahagiakan mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Pada kawan2 yg nak wut suprise2 gak tuk mak abah, datuk, nenek, makcik pakcik, baby..tuk sume jenis function, wedding, housewarming, graduation eheks org mati nye bunga pun ade..Bley la lawat website ni FLORIST MALAYSIA. Mana tau, kot2 mak korg pun dpt ucap salam dr Sharifah Aini jugak. Kena plak, mak abah org tu die hard fan Sharifah Aini.. tergolek suke la nanti...


Photobucket


p/s: Pd ibu, dunia hanya tempat sementara, tp pd anak2 mu ibulah dunia mereka....