Saturday, August 22, 2009

Ramadhan 1430

Menadah tangan mengucap syukur kepada Allah SWT, kerana dpt menikmati bulan mulia bulan Ramadhan tatkala usia 24 tahun ni. Mengharapkan puasa penuh utk tahun ini, mungkin tidak. Kerana mc semulajadi yg Allah berikan mungkin jatuh jua dalam bulan puasa. Apa yang ku harapkan, agar Ramadhan kali ni dapat aku tempuh dgn lebih barakah dan lebih bermakna. Mengenangkan dosa2 lalu, membuatkan aku lebih menghayati Ramadhan kali ini. Ku harap jua, puasa tahunan ku ini dapat aku laksanakan dgn baik, dan menjadikan puasa terbaik agar diterima Allah. Amin...

ps: missed sahur hari ni.. konci jam, tak bangun pula...sadisssss

Saturday, August 08, 2009

Symptom Tak Tahu

Kali ni nak post enrty pasal tabiat tak tahu. Perasan atau tidak perkataan "tak tahu" sering menjadi ungkapan dalam kehidupan harian. X kire la, golongan tua, golongan tak tua (muda la tu..) x kire sape suka sgt dgn perkataan "tak tahu" tu. Kekerapan penggunaan "tak tahu" semakin menjadi-jadi sehinggakan hilang nilai eksklusifnya. Cth penggunaan "tak tahu" yang biasa2 kite dgr la eh..

situasi 1 ≡ "tak taaaahu la nak masak apa hari ni..." → slalunya makcik2 surirumah suka mengomel bila xde idea nak masak. lebih2 lagi waktu nk mkn tgh hari. maklumla, dia2 je kat umah.

situasi 2 ≡ "hmmm.. tak tahu la nak pakai apa hari ni..." → yg ni pulak, cth ungkapan bg mereka2 yg bekerjaya. tak tahu nak pakai ape g keje ari ni.

situasi 3 ≡ "ntahlah, tak tahu.." → yg ni jenis jawapan popular bg sesetengah soklan yg penjawabnya malas nak pk.

situasi 4 ≡ "buhsan la babe! tak tahu nak buat apa hari ni.." → yg ni, bile anak2 muda dah mati akal tahap dewa xde aktiviti nak buat.

itu adalah cth2 situasi yg terlintas di fikiran je. Sedangkan byk lg syndrom2 "tak tahu" ni kan. So, dari 4 situasi di atas mcm mn nak menangani syndrom "tak tahu" ni. Bukan sossah sgt, senang je.

Kite lihat situasi 1. Selalunya, penutur ni dah over kreatif. Smpi mengundang kerenah. Nasihatnya di sini mudah. Korek2 balik semua buku2 resipi masa zaman muda2 dulu. Masa tgh semangat nak memikat hati sang suami masa mula2 kawin dulu. Jangan dok belek sehelai demi sehelai. Sebaliknya, try lah resepi tu sehelai demi sehelai. Let see lah, satu hari 2 lauk. Maknanya 2 ms satu hari. Ikut turutan.. kalau buku resepi tu ada 84 ms. Haa.. kita dh masak 84 masakan yg berlainan jenis utk 42 hari berturut-turut. Mudah kan?

macam2 ada~

Situasi ke 2 plak. Yg ni bila si penutur berada dalam delima. Bila byk sgt pilihan, senang2 x payah pakai baju! Eh, x baik tau... very the naughty kalau bg nasihat mcm tu. Kalau nak mudah, pakai je warna ikut hari. Mcm jadual di bawah. Siap ada frequensi berapa lagi. Jadi apabila hari-hari tertentu, kite berpakaian mengikut warna di dalam jadual di bawah supaya kita menjadi resonan dengan hari -hari tersebut.

HARIWARNAFREQUENSI
ISNINPUTIH0- 279 nanometer
SELASAPINK / VIOLET380- 489 nanometer
RABUBIRU490- 544 nanometer
KHAMISKUNING / OREN555-729 nanometer
JUMAATHIJAU545- 554 nanometer
SABTUMERAH730- 780 nanometer
AHADHITAM0- 279 nanometer


Takpun, kalau nak lg bijak lagi, kite selongkar almari kita. Kite keluarkan stok pakaian yg kite ada tu, kite try satu, satu sampai kite rasa puas nak pakai apa. Xpun sampai 20 minit lagi sebelum nak pegi keje. Selamat mencoba!

perlu diingat, masa acara penyalinan bergantung kpd ketimbunan baju yg kita ada

Situasi 3 ni, agak yg kureng sket digemari. Selalunya, kalau kite tanye, seboleh2 nya jawapan yg kite nak tidaklah "tak tahu". Melainkan, member kite tu mmg tak tahu. Nak buat mcm mana. Kalau yg tukang soal tanye benda pelik2, cth nye, kenapa burung kasawari x main kasar? E eh, soklan ape mcm tu..sebelum kite jawab, xpun nnt depa dok gelak kat jawapan kite, baik jawab je "tak tahu", ye x? Tp jgn lah smpi benda2 umum (general knowledge) org tanye, kite jawab x tahu. Apa tu Swine Flu? "tak tahu!". Maknanya, kite ni sama species dgn katak2 bawah tempurung yg lain. Jadi, kena2 la belek2 akhbar tu skali skala.

Untuk situasi 4, selalunya bila kat hujung2 minggu, xpun bila dah cuti lama sgt,ddk kt rumah lama2 x buat aktbt atau xpdc smpi mati kutu dibuatnya. Kalau nak atasi masalah x tahu nak buat apa, mula2 kite tgk2 dulu, belek2 wallet, purse kite. Kalau tebal, boley la langkah panjang sikit keluar dulu ajak sorg, 2 org member. Ha.. nnt tgh drive bodo2 tu, dtg la idea nak buat apa lepas tu. Kejar squad Era ke, squad Sinar ke, ntah apa2 squad lg yg ada. Byk lg aktbt yg boleh kite buat asal ada duit minyak. Kalau yg kureng skit nak keluar, mata pun dah letih nak ngadap LCD (panggilan br utk tv, kalau dulu2 kotak televisyen tukar tv skrg LCD la pulak) , boleh la try2 bercucuk tanam di luar, membasuh peti sejuk atau kerja2 rumah yg sewaktu dgnnya.

gambar 10 tahun sekali -illusi suke bersenam-

Yang paling tidak pun, kalau semua benda x jalan, berbalik lah ke pangkal jalan. Di waktu sepi, lapang atau buhsan, carilah kenikmatan membaca al-Quran ketika itu. InsyaAllah, masa2 yg terhabis itu, kita luangkan dgn penuh rahmat. Setidak2nya, kita ingat 5 perkara sebelum 5 perkara itu. =)

keindahan yg tiada tandingnya

Begitulah sedikit sebanyak yg boleh sy huraikan under topic "tak tahu" ni. Kena la buat2 tahu walaupun sebenarnya aku pun "tak tahu" nak post ape..., so aku post la pasal "tak tahu"... Boleh?

illusi: suka pepatah kura2 dalam perahu, pura2 tak tahu..

Tuesday, August 04, 2009

Money can(t) buy happiness

Seronok memikirkan pasal duit. Dua, tiga minggu dalam kepala ni hanya pk soal duit. Aku cuba lari, tapi ngak boley... Yela kan,asal ada duit, semua boleh jalan. Bak kate org yang hidup kat muka bumi ni "no money no talk la wei". Tapi x kurang juga yg berpendapat duit bukan lah segalanya. Betul ke duit tidak boleh beli kebahagiaan? Tipolah kalau ada org2 yang standard mcm kita ni (yakni bukan para ulama' dsbnya) boleh rasa bahagia tanpa duit berkepuk dalam kocet.



Aku selalu berangan, kalau ada banyak duit, sebanyak2 nye yg mampu memenuhi katung sebesar matahari bisa saja aku membayar 10 org Chef Wan memasakkan makanan yang sedap2 utk aku. Aku juga x perlu pergi ke sekolah, memandangkan sekolah pun aku yang punya. Aku akan membeli semua buku yang ada kat dunia ni, dan mengupah org membacakannya utk aku. Ala2 filem The Reader. Bukan malas membaca, tp aku fikirkan ak terlalu cukup kaya utk semua ini. Mempunyai jet peribadi menjadi idaman setiap org kaya mungkin, tp aku tidak berminat memilikinya. Sebab aku ni seorang yang taktakuttinggipon gayat. Aku lebih berminat memiliki double-decker bus spt yg berada di kota raya London yg tidak bertutup di atas nya. Bukan itu saja,malah aku akan membeli pemimpin-pemimpin dunia yang keparat itu menjadi orang suruhan aku di rumah. Pendek kata segala2 nya aku boleh miliki dgn hanya sekali petik saja.

Tapi itu semua hanyalah khayalan yang menyusuri minda angan kanak2ku. Sendiri ku sedari, menghargai setiap keringat yg mengalir utk mencari sesuap rezeki. Sejarah membuktikan org yang bersusah payah dgn keringat sendiri mampu menjadi kaya raya. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary misalnya, mula berniaga seawal umur 19 tahun dgn menjual lembu dan kerbau. Kini aset beliau mencecah RM 4 billion menjadi beliau setanding dgn billionaire2 yg lain. Cantiknya beliau, tidak pernah mendabik dada apatah lagi berduduk diam tanpa membuat apa2 menunggu duit jatuh dari langit. Belajarlah susah untuk menjadi senang.

Rezeki yg cukup2 makan jgn dikeluhkan. Nanti tergolong dlm golongan org2 yang tidak bersyukur dan tidak disukai Allah. Dah la miskin duit, dimurkai Allah pula, bertambah-tambah lagi hinanya. Dan kalau kaya raya sekalipon, hati masih gundah, ada penyakit, hidup dlm kesesatan tiada gunanya. Benar, duit dpt membeli segalanya, tp kebahagiaan bukan datang dari duit semata. Kebahagiaan itu sangat simple, hanya diri kita yang berhak menilai erti bahagia diri sendiri. Org yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah org yang tidak akan hidup dgn bahagia. Tidak perlu ghairah mengejar itu dan ini, taksub mencapai impian sehingga dikaburkan pandangan yang bahagia ada di depan mata. Hargai setiap minit yang ada, peka setiap saat yang berlalu. Dalam setiap lekang masa itu pasti ada bahagianya. Jadi, duit yang byk itu kadang2 tidak terlalu besar impaknya dalam mencari kebahagiaan. Kaya itu satu hal, bahagia adalah hal yang lain. Kaya itu dari pandangan zahir, bahagia tu, hanya hati-hati kita saja yang tau.

sy bahagia bila dpt makan sedap!

illusi : bahagia pun boleh dtg dgn hanya org yg kita suka mengenyit mata pada kita. keskeskes ...